Monday, December 9, 2013

KETAM GORENG TELUR MASIN

Assalamualaikum.. semalam mama azy beli ketam.. so sebelum balik kerja dan plan dah nak masak apa... minta Kak Ina kawanku tolong belikan telur masin dah alang-alang dia nak gi pasar tani.. hehehe.. bahan2 yang lain rasanya ada di umah dah...

So bahan-bahannya adalah seperti berikut :-

* 4 biji telur masin direbus dan ambil 4 kuning cuma sebiji ajer telur putih.. ikut kemasinan telur tsebut..
* 2 tangkai daun kari - ambik daun ajer
* sekilo ketam yang dibersihkan 
* beberapa biji cabai burung.. ikut tahap kepedasan masing-masing
* 50 gm buttercup
* 1/2 cawan susu cair
* minyak utk menggoreng
* sedikit tepung jagung
* sedikit lada sulah
* sedikit garam - x yah letak pun x aper


Telur masin rebus yang telah dilenyek

Daun kari

Ketam

Cabai burung baru petik dari pokok

buttercup..

Susu cair

Tepung Jagung

Garam dan Lada sulah
Minyak agak-agak leh goreng


Step-stepnya :-


Ketam yang telah disalut ngan tepung dan sedikit lada sulah
goreng ketam 

ketam selepas digoreng

buang minyak tadi dan masukkan butter

pastu masuk daun kari n cabai burung

telur masin yang telah dilenyek-lenyek tadi

susu cair ikut kepekatan masing-masing

gaul hingga sebati dan kering sikiiiiitttt ajer

Masukkan ketam yang digoreng tadi n gaul2lah

Tutup sebentar dannnnnnnnn

Tarrrrraaaaaa.... dah siap
Hias-hias lah ikut kreativiti masing-masing... nak bagi cantik potong sikit daun bawang n cabai masak... dan jadilahhhh..... 

No comments:

Post a Comment